103 ada ada 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja 1. selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; 2. selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ dipercayai bahawa mercun-mercun itu telah dibawa masuk dr Macau; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau?; mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang.
104 adab adab 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga ~, supaya tidak berlaku langgar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (bertamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini.
105 adad adad Ar bilangan, jumlah.
106 adai adai; ~ -badai tudung saji yg bersulam.
107 ada ada kala, ada kalanya ada waktunya (ketikanya), kadangkala, sekali-sekali: ~ dia menang, ~ pula dia kalah.
108 adalat adalat Ar keadilan.
109 Adam Adam = Nabi ~ manusia yg pertama dijadikan Tuhan; anak ~ = bani ~ = cucu ~ keturunan Adam, manusia, insan; kulit ~ pangkal kuku jari yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit.
110 adan adan firdaus, syurga.
111 adang adang I; adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan janganlah dicari-cari; sungguhpun kawat yg dibentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguhpun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap).
112 adang adang II Id; ~ ... ~ ... kadang ... kadang ...;~ makan ~ tidak kadang makan kadang tidak; adang-adang kadang-kadang.
113 adap adap; adap-adapan; nasi ~ nasi pulut berwarna kuning (dihidangkan di upacara perkahwinan).
114 adaptasi adaptasi penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri; beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; mengadaptasi, mengadaptasikan membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasikan supaya mencerminkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik; pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi atau mengadaptasikan sesuatu; pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi.
115 adapun adapun ? ada.
116 adar adar I; mengadar bermalam di rumah orang, bertandang.
117 adar adar II sangat tua.
118 adas adas 1. = ~ landi = ~ pedas sj tumbuhan (herba), Foeniculum vulgare; 2. = ~ cina = ~ manis sj tumbuhan (herba), Anethum graveolens.
119 adat adat 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulu kala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajipan; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk bergerak, ~ lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya: hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus menaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan.
120 adawat adawat Ar permusuhan, benci.
121 ADD ADD kep Akhbar Dalam Darjah.
122 adegan adegan Jw bahagian drpd babak (sandiwara, wayang): ia berlakon dgn baik dlm ~ di atas kapal; ~ ranjang (bahagian drpd) babak asmara di atas katil (dlm lakonan sandiwara, wayang gambar, dsb) yg menimbulkan keghairahan: tingkah laku yg bertentangan dgn Islam digambarkan dlm hubungan seks dan ~ ranjang.
123 adem adem Jk 1. sejuk; 2. hambar, tawar (makanan); 3. tenang (fikiran, hati); mengadem menyejukkan diri (di tempat dingin).
124 adhesi adhesi (adhési) IB 1. daya tarik-menarik antara molekul dua zat yg berlainan; 2. ucapan setuju, ucapan sokongan.
125 ad ad hoc (Latin) bkn sesuatu perkara yg dilakukan utk tujuan tertentu: jawatankuasa ~.
126 adi adi I (Sanskrit) sl yg pertama, yg terutama, yg tertinggi: pahlawan ~; pendekar ~.
127 adi adi II Ar biasa, lazim.
128 adi adi III Br adik; adi-beradi = seperadian pertalian adik-beradik dlm sesuatu keluarga.
129 adiabatik adiabatik (Kim) bkn sesuatu proses dlm sistem kimia yg tidak melibatkan sebarang kemasukan atau keluaran haba.
130 adib adib Ar beradab, berbahasa, sopan.
131 adicita adicita Id ideologi.
132 adik adik 1. saudara kandung (laki -laki atau perempuan) yg lebih muda; ~ bongsu adik yg termuda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda); ~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang; ~ sepupu anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak seseorang; ~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir; adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara: mereka lima ~ mereka lima bersaudara; bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak) : mari kita bicarakan ~ dahulu; beradik kakak selaku adik dan kakak; memperadik memandang (memanggil, menyebut) adik.
133 Adika Adika Pr gelaran orang besar: Dato’ Seri ~ Raja.
134 adikara adikara sl 1. kekuasaan, berkuasa; 2. sewenang-wenang; andikara.
135 adikong adikong (drpd Perancis aide-de-camp) pembantu peribadi kpd pembesar (spt sultan, perdana menteri, dll).
136 adikuasa adikuasa kuasa utama, kuasa tertinggi: dunia memang sudah berubah sejak ~ Soviet Union hilang taring.
137 adikudrati adikudrati yg di luar kekuasaan alam (Roman Katolik).
138 adil adil 1. yg atau dgn berdasarkan pertimbangan (peraturan, ketentuan, dll) yg wajar atau berpatutan (bkn orang, tindakan, hukuman, keputusan, undang-undang, dll), tidak memihak ke mana-mana, (apabila memutuskan sesuatu dsb) tidak sewenang-wenang: raja yg ~; tindakan yg ~; hakim itu ~ keputusannya; pertimbangan yg ~; 2. tidak melebihi atau kurang drpd yg sewajarnya, sepatutnya: tuntutan yg ~; mengadili menimbangkan dgn saksama serta memutuskan (dlm mahkamah dsb), memeriksa dan menghukum orang dgn adil: ~ dan menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang; keadilan sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil; menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg adil bagi kehidupan dlm masyarakat; ketidakadilan perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dsb) tidak adil; peradilan segala yg berkaitan dgn perkara pengadilan: selalunya ahli sains membuat ~ moral kpd rakan-rakan mereka; pengadilan 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili : aku akan dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan; 2. perihal (perbuatan dsb) mengadili, perbicaraan serta keputusan oleh pengadil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukuman mati dlm ~ di mahkamah Nuremberg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam; pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu perkara, hakim: jikalau orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju, dll), referi.
139 adinda adinda adik (bh di kalangan keluarga raja, dlm surat-menyurat, dll); dinda.
140 ading ading sl adik.
141 adiningrat adiningrat Jw gelaran bangsawan yg tertinggi.
142 ad ad interim (Latin) utk sementara waktu: kabinet ~; tindakan ~.
143 adipati adipati Jw 1. sl raja, kepala daerah; 2. gelaran bupati (sebelum perang); dipati.
144 adipos adipos (Ubat) mengandungi lemak atau menyerupai lemak; tisu ~ tisu yg dipenuhi lemak.
145 adiposuria adiposuria (Ubat) kewujudan lemak di dlm air kencing.
146 adipsia adipsia (Ubat) keadaan abnormal yg menyebabkan seseorang mengelak drpd minum (tidak terasa dahaga).
147 adiraja adiraja sl 1. (suatu) gelaran: Maharaja A~; 2. Id † hak ~ hak melakukan kekuasaan yg tertinggi; diraja.
148 adiratna adiratna sl permata yg mulia (ki bagi perempuan yg cantik).
149 adisejuk adisejuk (Kim) bkn cecair yg menyejuk atau dijadikan sejuk sehingga ke bawah takat sejuk beku tanpa cecair itu membeku.
150 adiwangsa adiwangsa bangsa utama (mulia); diwangsa.
151 adiwarna adiwarna sl amat bagus, amat indah.
152 adjektif adjektif (adjéktif) kata sifat.
153 administrasi administrasi IB pentadbiran, tatausaha, pengurusan: ~ negara; ~ perniagaan.
154 administratif administratif IB yg berkaitan dgn pentadbiran; hukuman ~ hukuman yg dikenakan oleh jabatan (tidak dipecat tetapi diturunkan pangkat atau dikenakan sesuatu hukuman lain).
155 administrator administrator IB pentadbir, penatausaha.
156 admiral admiral kepala angkatan laut, laksamana.
157 adoi adoi sr aduh; mengadoi, mengadoi-adoi mengeluh(-ngeluh), mengaduh(-aduh): sekonyong-konyong ia ~ dan mengerang.
158 adopsi adopsi IB pengambilan anak orang lain menjadi anak sendiri, pengambilan sbg anak angkat.
159 adpertensi adpertensi (adperténsi) IB iklan (dlm surat khabar dll).
160 adpis adpis IB nasihat: lagaknya lagak orang pintar, ~nya tepat -tepat; advis.
161 adpisir adpisir IB penasihat.
162 adpokat adpokat ? ?avokado.
163 ad ad rem (ad rém) (Latin) berkaitan atau bertepatan dgn sesuatu perkara dsb (bkn jawapan dll), tepat benar.
164 adrenal adrenal (adrénal) (Bio) bkn sesuatu yg berdekatan dgn atau berkaitan dgn ginjal.
165 adrenalina adrenalina (adrénalina) (Bio) hormon yg dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yg menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna utk tindakan ‘lawan’ atau ‘lari’.
166 adrenosklerosis adrenosklerosis (adrénosklérosis) (Ubat) pengerasan struktur kelenjar.
167 adres adres (adrés) bp alamat (tempat tinggal); mengadreskan mengalamatkan (surat dll kpd).
168 ADRI ADRI Id kep Angkatan Darat Republik Indonesia.
169 adu adu I; beradu 1. berlanggar, berlaga, berhantuk(an), terhantuk: motokar itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding; 2. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding, berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~ cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh kejayaan; mengadu 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2. menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll), melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~ ayam; 4. mempertandingkan, memperlawankan: ~ layang-layang; ~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. memberitahu seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta keadilan: ~ kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib; mengadukan 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen, dll), memberitahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak menyenangkan) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak tertentu utk menyusahkannya (merugikannya, menganiayainya, dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun; memperadu-adukan memperadudombakan; aduan 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis; peraduan pertandingan: ia telah berjaya menjadi johan syarahan dlm ~ yg dianjurkan oleh Syarikat ESSO; pengaduan 1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam), pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dll); pengadu 1. orang yg suka mengadu utk mendapatkan pertolongan (simpati dsb); 2. orang yg mengemukakan aduan.
170 adu adu II; beradu tidur (bkn raja); peraduan tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja).
171 adu adu domba; mengadu domba, mengadudombakan, memperadudombakan memperlagakan seseorang (sesuatu golongan dll) dgn yg lain: parti-parti yg tidak bertanggungjawab hendak ~ orang Melayu dgn orang Cina; mereka hendak menjajah negeri kita dgn jalan memperadudombakan kita sama kita; pengadu domba orang atau pihak yg mengadu domba(kan), orang atau kumpulan lain: ada ancaman komunis, ada bahaya dadah, antinasional, pembuat fitnah dan ~ rakyat.
172 aduh aduh sr kata yg menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan): ~, sakitnya perut saya! mengaduh, mengaduh-aduh mengatakan aduh, mengeluh (kerana kesakitan dll): suara ~ itu suara orang kena tikam; teraduh mengaduh dgn tiba-tiba; adoi.
173 aduhai aduhai sr kata utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda.
174 aduk aduk; mengaduk 1. mengacau, mengarau: tidak perlu ~ atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa; ~ gulai; 2. = mengaduk-aduk membongkar-bongkar dgn tidak tentu: ~ buku; teraduk-aduk kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan (bkn seperai dll); adukan barang yg (telah) diaduk, campuran (simen dll); aduk-adukan campur aduk.
175 adun adun I; mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dll); mengadunkan mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm teknik sastera yg menarik; adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih; pengadunan proses atau perbuatan mengadun atau mengadunkan sesuatu: ~ warna yg menarik dlm corak yg mempesonakan; pengadun alat utk mengadun: ~ warna.
176 adun adun II sl elok (kerana berhias); ~-temadun Mn indah-indah, berjenis-jenis warnanya; beradun berdandan, berhias, bersolek: setelah mandi, puteri pun ~; baginda makan sirih yg beradun-adun; mengadunkan mendandankan, menghiasi, mempersolekkan: ~ pengantin; adunan hiasan, alat berdandan: sangatlah berkenan kpd hatinya ~ kekasihnya.
177 ADUN ADUN akronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.
178 adverba adverba (Lin) kata yg menerangkan kata kerja, kata sifat, atau kata adverba lain.
179 advertensi advertensi (adverténsi) IB iklan.
180 advis advis IB nasihat; adpis.
181 advokat advokat I IB peguam, peguam bela.
182 advokat advokat II ? avokado.
183 aedes aedes (aédés) (Bio) sj nyamuk, mis Aedes aegypti, yg membiak di dlm air bertakung yg menjadi pembawa penyakit demam denggi.
184 aerial aerial (aérial) alat yg menjadi sebahagian drpd sistem televisyen dan radio utk menerima atau memancarkan gelombang elektromagnet.
185 aerob aerob (aérob) (Bio) organisma yg dapat hidup hanya dgn adanya oksigen dr udara.
186 aerobatik aerobatik (aérobatik) persembahan kecekapan, ketangkasan, dan kemahiran mengendalikan penerbangan pesawat udara.
187 aerobik aerobik (aérobik) sj latihan jasmani atau senaman terutamanya utk mengukuhkan jantung dan paru-paru dan membaiki pernafasan (biasanya dilakukan dgn gerak-geri spt tarian); tarian ~ sj tarian yg bercorak (bersifat) senaman; beraerobik melakukan aerobik: beberapa cara utk menguruskan badan spt ~.
188 aerodinamik aerodinamik (aérodinamik) 1. ilmu sains yg mengkaji cara sesuatu benda bergerak melalui udara (spt kereta, kapal terbang, dsb); 2. bkn sesuatu benda (spt kapal terbang, kereta, dsb) yg mempunyai bentuk yg dapat melalui udara dgn mudah dan laju: bentuk kereta yg ~ membangkitkan keanggunannya.
189 aerogram aerogram (aérogram) surat yg dikirim khas melalui pos udara, surat udara.
190 aerometer aerometer (aérométer) (Fiz) alat utk mengukur berat atau ketumpatan udara atau gas.
191 aeronautik aeronautik (aéronautik) kajian tentang aspek-aspek penerbangan.
192 aerosol aerosol (aérosol) ampaian cecair atau butiran pepejal yg terdapat di udara.
193 aerotaksis aerotaksis (aérotaksis) pergerakan mikroorganisma ke kawasan yg beroksigen (aerotaksis positif) atau menjauhi kawasan tersebut (aerotaksis negatif).
194 aerotropisme aerotropisme (aérotropisme) gerak balas tumbuhan yg mengarah ke kawasan yg beroksigen.
195 afal afal Ar kelakuan, perbuatan, sifat: orang itu baik ~nya.
196 afasia afasia (Ubat) ketakupayaan berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan, tulisan, dan isyarat, atau ketakupayaan utk memahami pertuturan dan bahasa bertulis yg disebabkan kecederaan pd otak.
197 afdal afdal lebih utama, terutama: mengerjakan perkara-perkara yg ~; keafdalan perihal terbaik atau terutama, paling bagusnya: puluhan ayat al-Quran menyatakan kelebihan berfikir dan dlm hadis juga dinyatakan ~ berfikir.
198 afdeling afdeling (afdéling) IB bahagian.
199 afektif afektif (aféktif) berkaitan dgn perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran atau daya berfikir): utk memperkembang minat dan motivasi membaca, alam ~ kanak-kanak haruslah berkembang serentak dgn alam-alam kognitif mereka.
200 afiat afiat Ar 1. pulih, sihat; sihat dan ~ = sihat wal ~ sihat (tidak uzur); 2. kesihatan; mengafiatkan sl memulihkan, menyihatkan; keafiatan keadaan sihat, kesihatan: dlm ~ dan keselamatan yg sempurna.
No comments:
Post a Comment