2 a a II 1. sr untuk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan: itu dia, ~, macam itulah caranya!; 2. sr untuk menunjukkan terlupa akan sesuatu: nama bukunya ... ~, nanti saya cuba ingatkan!
3 A.A. A.A. kep Asia-Afrika.
4 A.B. A.B. kep anggaran belanja.
5 aba aba I = aba-aba Id kata( -kata) perintah dlm latihan tentera (senaman) dll: “Satu ...,” ~ Wit dr kerusinya.
6 aba aba II; ~-daba hama, kuman.
7 abad abad jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yang lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemilangan (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama -lamanya; berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya.
8 abadi abadi 1. sentiasa ada atau wujud (tidak bermula atau berakhir), wujud selama-lamanya, kekal: Tuhanlah satu-satunya yg ~; 2. wujud atau berterusan untuk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~; mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadikan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui percetakan; sebuah tugu untuk ~ jasa askar-askar yg terkorban; terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan; pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan.
9 abadiah abadiah, abadiat Ar kekekalan.
10 abah abah I arah, tuju: tak tentu ~nya; mengabah menuju; mengabahkan mengarahkan, menujukan: ~ kapal ke tempat yg tertentu.
11 abah abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh seorang anak kpd bapanya).
12 abah abah III; abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali; ~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun.
13 abai abai cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disediakan, dll), membiarkan atau melepaskan, mensia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kauabaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb).
14 abaimana abaimana (Sanskrit) sl dubur, kemaluan.
15 abaka abaka sj tumbuhan (pokok) yg seratnya dibuat tali belati, Musa textilis.
16 abang abang I 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit; 4. panggilan kpd suami; ~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain); berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang; berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg pengasih dan bertimbang rasa.
17 abang abang II Jw merah.
18 abar abar; abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan masyarakat; berabarkan mempunyai (sesuatu) sbg dinding atau penyekat, berdindingkan: rumah yg ~ buluh; mengabar 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuran-pertempuran ~ jalannya mesyuarat.
19 abau abau sj kura-kura, labi -labi; main ~ main tampuk labu.
20 ABC ABC 1. abjad Rumi: budak itu sudah pandai membaca ~; 2. kep air batu campur.
21 Abd. Abd. kep Abdul.
22 abdas abdas (Parsi); berabdas mandi hadas.
23 abdi abdi orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan: ~ negara Id pegawai kerajaan; mengabdi 1. menjadi abdi (hamba): orang kulit hitam dr Afrika pernah dipaksa ~ di Amerika Syarikat; 2. berlaku spt abdi, menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kpd atau untuk kepentingan seseorang atau sesuatu): rela ~ kpd negara; mengabdikan 1. menghambakan, memperhamba: ~ tawanan perang; ~ diri kpd negara; 2. menggunakan sepenuhnya: tenaganya diabdikannya kpd negara; pengabdian perihal (perbuatan dsb) mengabdi atau mengabdikan: Tetapi Allah tidak membebani manusia dgn kemestian-kemestian yg banyak untuk melakukan ~; ~ seseorang kpd negara sbg tanda cintanya terhadap negara; pd zaman dahulu kala, ~ rakyat oleh raja sering berlaku.
24 abdikasi abdikasi turun dr takhta kerajaan dgn kehendak (kerelaan) seseorang raja itu sendiri.
25 abdomen abdomen (Bio) rongga di bahagian tengah badan vertebrat ( yg berisi organ-organ spt perut, usus, buah pinggang, dan hati).
26 abese abese (abésé) Id abjad tulisan Rumi.
27 abet abet Jk tingkah laku; mengabet bertingkah laku; bisa ~ tahu bertingkah laku.
28 abiad abiad, abiaz Ar sl putih; fizah yg ~ perak yg putih.
29 abid abid Ar orang yg beribadat (mengabdi) kpd Tuhan.
30 abidin abidin Ar orang-orang yg taat (beribadat atau mengabdi) kpd Tuhan.
No comments:
Post a Comment