Monday, July 10, 2017

ABIDAH_ACUNG

31 abilah abilah (Parsi) cacar air, jeluntung; ~ Peringgi penyakit sifilis, penyakit raja singa.
32 ABIM ABIM akronim bagi Angkatan Belia Islam Malaysia.
33 abintara abintara sl pesuruh raja; ? bentara.
34 abiogenesis abiogenesis (abiogénesis) (Bio) penjanaan (secara hipotesis) benda hidup drpd benda bukan hidup.
35 abjad abjad 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga ya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka untuk menyatakan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyusunan perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad.
36 abnormal abnormal 1. tidak spt yg biasanya terdapat (berlaku dsb), luar biasa: keadaan yg ~; 2. Id agak gila;  keabnormalan keadaan yg menyimpang drpd kebiasaan, keadaan tidak normal, keadaan luar biasa.
37 abnus abnus Ar sl kayu arang.
38 aboi aboi C panggilan kpd kepala atau pembesar orang Cina.
39 abon abon Jw sayatan daging yg dibubuh rempah dan digoreng.
40 abonemen abonemen (abonemén) IB 1. langganan; 2. wang langganan; 3. = berabonemen berlanggan.
41 abrak abrak sl batu cermin, mika.
42 abrar abrar Ar kuat beribadat, soleh.
43 abras abras Ar 1. menghidapi penyakit kusta; 2. penyakit kusta.
44 abrit abrit; abrit-abritan Jk berlari tunggang-langgang.
45 absah absah Id sah (bkn surat keterangan dll); mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dll); keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya; pengabsahan pengesahan.
46 absen absen bp tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll); mengabsen Id memanggil nama-nama orang untuk mengetahui atau menentukan siapa yg tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll): guru ~ murid-murid pd waktu masuk sekolah.
47 abses abses (absés) bengkak yg bernanah.
48 absolusi absolusi Id pengampunan dosa (dlm agama Roman Katolik).
49 abstrak abstrak tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak: kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya.
50 abstraksi abstraksi proses membentuk gagasan atau konsep umum dgn memilih ciri-ciri umum drpd contoh-contoh yg khusus: dlm kebanyakan kes, pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yg dikaji.
51 absurd absurd mustahil, tidak masuk akal, bertentangan dgn fikiran yg waras: sesungguhnya adalah ~ untuk berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia.
52 abtar abtar Ar kudung.
53 abu abu I 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;
54 abu-abu abu-abu Id warna kelabu; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; keabu-abuan berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan.
55 abu abu II kalah (dlm permainan congkak dll).
56 abu abu III suatu pangkat di Siam.
57 abu abu IV; abu-abu; ikan ~ Id sj ikan laut.
58 abuh abuh I riuh, sibuk.
59 abuh abuh II Jw bengkak; sakit ~ (abuh-abuhan) sakit dgn bengkak-bengkak pd kaki (tubuh dsb).
60 abuk abuk I; abuk-abuk = ~ sagu sj penganan yg dibuat drpd biji-biji sagu (gula melaka dll).
61 abuk abuk II; mengabuk Jw mengambil barang kepunyaan orang dan mengaku atau mengatakan bahawa barang tersebut miliknya.
62 abun abun; abun-abun angan-angan; gila di ~ prb mengangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin tercapai (terhasil).
63 abung abung; limau ~ limau bali, limau besar.
64 abur abur; mengabur membuang-buang (wang dll), menghamburkan, membazirkan, memboroskan; pengabur orang yg membuang-buang atau membazirkan (wang), pemboros.
65 abus abus 1. bahagian atau pecahan yg terkecil; 2. duit syiling zaman dahulu yg terendah nilainya; 3. sedikit sekali, tidak berharga, tidak mempunyai nilai.
66 abuya abuya Ar 1. ayah; 2. panggilan hormat kpd orang yg ajarannya (biasanya ajaran agama Islam) atau pendapatnya diikuti.
67 acah acah; beracah-acah bermain-main, bersenda-senda: ~ dgn maut; mengacah melakukan gerak untuk mengelirukan atau menyesatkan lawan; mengacah-acah mengacah berulang kali: lembaga itu semakin hampir, ~ hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak; acahan perbuatan mengacah.
68 acak acak I Mn; acak-acak terburu-buru, tergesa-gesa.
69 acak acak II Jk; mengacak melakukan sesuatu tidak dgn peraturan, mengacaukan; acak-acakan kacau-bilau, tidak teratur.
70 acan acan I; mengacan melakukan gerak pukulan atau serangan untuk mengelirukan atau menyesatkan lawan.
71 acan acan II; mengacan mengharapkan, mencita-citakan.
72 acan acan III Kd mengusik seseorang (dgn tujuan untuk bergurau)
73 acang acang I Mn; acang-acang pesuruh, orang kepercayaan; ~ alat orang yg mengatur peralatan; ~ (dlm) negeri orang yg dipercayai orang (penduduk) sekampung atau senegeri.
74 acang acang II Id perkakas untuk mengukur keadaan air dlm dandang.
75 acap acap I = acap-acap kerap kali, sering kali.
76 acap acap II 1. penuh dgn air, terendam dlm air (kayu dll), tergenang oleh air (padang, sawah, dll); 2. terbenam dalam-dalam (kaki dlm lumpur, mata keris pd tubuh seseorang, dll); mengacapi menggenangi, merendam (dgn air).
77 acap acap kali beberapa kali, berulang-ulang, kerap kali, sering kali: dia masih melakukannya walaupun sudah ~ ditegur.
78 acar acar I sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan atau sayur-sayuran dgn bahan-bahan lain dan diasamkan dgn cuka (dimakan dgn nasi); jenis-jenis acar: ~ limau (nipis), ~ lobak parut, ~ mentimun, ~ telur; mengacar membuat acar.
79 acar acar II = acaran Kd tempat membuang kotoran dapur, limbah; kain dlm ~ dikutip cuci ia hendak ke longkang lagi prb sudah rosak betul, tidak dapat dibaiki lagi (bkn akhlak perempuan jahat dll).
80 acara acara I 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan menyusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau persembahan terpenting (biasanya juga yg teristimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi ; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id memeriksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai Id memulai percakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa”, aku ~ percakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacarakan pd malam penghabisan; 2. Id mengadukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara.
81 acara acara II Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dll).
82 acaram acaram sl cincin bertunang, cincin tanda.
83 acau acau; mengacau mengigau; ? aco.
84 aci aci I diterima, jadi, sah, (dlm permainan, pertaruhan, dll); tidak ~ tidak jadi, tidak sah; lebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat lebih kurang sedikit janganlah diambil berat; mengacikan mengakui sbg aci atau sah, mengesahkan.
85 aci aci II gandar roda; aci-aci kayu panjang utk menggulung layar.
86 aci aci III (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg lebih tua)
87 aci aci IV Pn; ~ lut main sembunyi (sj permainan budak-budak), cekup puyuh.
88 aci aci V Id; aci-aci andai, misal, umpama; ~nya seandainya, seumpamanya, kalau-kalau; mengaci-acikan memisalkan, mengumpamakan, mengandaikan; aci-acian sesuatu yg terbayang dlm fikiran, gambaran angan-angan: sudah kami mempunyai ~ bagaimana mendirikan masjid itu.
89 aci aci VI tepung (sagu, ubi kayu, dll).
90 acik acik nama timang-timangan bagi anak yg kedua bongsu.
91 acita acita (Hindustan) beras.
92 aco aco; mengaco Jw 1. mengigau; 2. berkata tidak keruan (yg bukan-bukan).
93 acu acu I; mengacu 1. membuat gerak laku utk mengancam atau menakut-nakutkan (spt mengangkat atau menghalakan senjata hendak menikam dsb); 2. = mengacu-acu memikir-mikirkan (sesuatu yg hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak (hendak berbuat sesuatu); 3. menunjuk atau menarik perhatian (kpd), merujuk: dlm syarahannya ia selalu ~ kpd bukunya; mengacukan 1. menghalakan (senjata) ke arah seseorang utk mengancam atau menakut-nakutkannya, mengacungkan, menunjukkan sbg mengancam (genggaman tangan dll): keris terhunus diacukan ke perut Panglima Awang; 2. = mengacu-acukan menganjurkan, merancang-rancangkan: sudah lama ia mengacu-acukan langkah ini.
94 acu acu II; mengacu membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan, mencetak (peluru, roda kereta api, dll); acuan 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorakkan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat.
95 acu acu III; mengacu = mengacukan memakai sesuatu (spt baju, kasut, dsb) seketika utk mengetahui sama ada muat atau tidak (sedap dipakai atau tidak dsb).
96 acu acu IV sj tumbuhan (pokok), mendarah (rengas, penarahan) daun besar, Knema hookeriana.
97 acuh acuh peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan perhatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan perjuangan kebangsaan; mengacuhkan mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua;
98 acuhan acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian; ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu.
99 acum acum; mengacum 1. menghasut supaya bermusuhan dsb: dicarinya akal utk ~ adik-beradik itu supaya bermusuhan; 2. mengajak berkelahi, menentang: ~ lawan; 3. Kd mengadu pd seseorang; acuman 1. hasutan; 2. tentangan; pengacum 1. penghasut; 2. penentang, orang yg menentang.
100 acung acung I Id; mengacung menunjuk ke atas, diangkatkan ke atas: tangannya ~; mengacungkan menghalakan (sesuatu ke arah seseorang), menunjukkan (tangan dll): ~ senjata; ~ tangan; pengacungan perbuatan mengacungkan: ~ senjata.
101 acung acung II Mn; mengacung menyepak, menendang. 

No comments:

Post a Comment