Monday, July 10, 2017

AD_AFIAT

102 A.D. A.D. Id kep Angkatan Darat.
103 ada ada 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja 1. selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; 2. selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!”; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ dipercayai bahawa mercun-mercun itu telah dibawa masuk dr Macau; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau?; mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang.
104 adab adab 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga ~, supaya tidak berlaku langgar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (bertamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini.
105 adad adad Ar bilangan, jumlah.
106 adai adai; ~ -badai tudung saji yg bersulam.
107 ada ada kala, ada kalanya ada waktunya (ketikanya), kadangkala, sekali-sekali: ~ dia menang, ~ pula dia kalah.
108 adalat adalat Ar keadilan.
109 Adam Adam = Nabi ~ manusia yg pertama dijadikan Tuhan; anak ~ = bani ~ = cucu ~ keturunan Adam, manusia, insan; kulit ~ pangkal kuku jari yg berwarna putih dan berbentuk bulan sabit.
110 adan adan firdaus, syurga.
111 adang adang I; adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan janganlah dicari-cari; sungguhpun kawat yg dibentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguhpun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju;  mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap).
112 adang adang II Id; ~ ... ~ ... kadang ... kadang ...;~ makan ~ tidak kadang makan kadang tidak; adang-adang kadang-kadang.
113 adap adap; adap-adapan; nasi ~ nasi pulut berwarna kuning (dihidangkan di upacara perkahwinan).
114 adaptasi adaptasi penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan keperluan dgn kemampuan diri; beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; mengadaptasi, mengadaptasikan membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasikan supaya mencerminkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik; pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi atau mengadaptasikan sesuatu;  pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi.
115 adapun adapun ? ada.
116 adar adar I; mengadar bermalam di rumah orang, bertandang.
117 adar adar II sangat tua.
118 adas adas 1. = ~ landi = ~ pedas sj tumbuhan (herba), Foeniculum vulgare; 2. = ~ cina = ~ manis sj tumbuhan (herba), Anethum graveolens.
119 adat adat 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulu kala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajipan; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk bergerak, ~ lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya: hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus menaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan.
120 adawat adawat Ar permusuhan, benci.
121 ADD ADD kep Akhbar Dalam Darjah.
122 adegan adegan Jw bahagian drpd babak (sandiwara, wayang): ia berlakon dgn baik dlm ~ di atas kapal; ~ ranjang (bahagian drpd) babak asmara di atas katil (dlm lakonan sandiwara, wayang gambar, dsb) yg menimbulkan keghairahan: tingkah laku yg bertentangan dgn Islam digambarkan dlm hubungan seks dan ~ ranjang.
123 adem adem Jk 1. sejuk; 2. hambar, tawar (makanan); 3. tenang (fikiran, hati); mengadem menyejukkan diri (di tempat dingin).
124 adhesi adhesi (adhési) IB 1. daya tarik-menarik antara molekul dua zat yg berlainan; 2. ucapan setuju, ucapan sokongan.
125 ad ad hoc (Latin) bkn sesuatu perkara yg dilakukan utk tujuan tertentu: jawatankuasa ~.
126 adi adi I (Sanskrit) sl yg pertama, yg terutama, yg tertinggi: pahlawan ~; pendekar ~.
127 adi adi II Ar biasa, lazim.
128 adi adi III Br adik; adi-beradi = seperadian pertalian adik-beradik dlm sesuatu keluarga.
129 adiabatik adiabatik (Kim) bkn sesuatu proses dlm sistem kimia yg tidak melibatkan sebarang kemasukan atau keluaran haba.
130 adib adib Ar beradab, berbahasa, sopan.
131 adicita adicita Id ideologi.
132 adik adik 1. saudara kandung (laki -laki atau perempuan) yg lebih muda; ~ bongsu adik yg termuda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda); ~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang; ~ sepupu anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak seseorang; ~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir; adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara: mereka lima ~ mereka lima bersaudara; bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak) : mari kita bicarakan ~ dahulu; beradik kakak selaku adik dan kakak; memperadik memandang (memanggil, menyebut) adik.
133 Adika Adika Pr gelaran orang besar: Dato’ Seri ~ Raja.
134 adikara adikara sl 1. kekuasaan, berkuasa; 2. sewenang-wenang; andikara.
135 adikong adikong (drpd Perancis aide-de-camp) pembantu peribadi kpd pembesar (spt sultan, perdana menteri, dll).
136 adikuasa adikuasa kuasa utama, kuasa tertinggi: dunia memang sudah berubah sejak ~ Soviet Union hilang taring.
137 adikudrati adikudrati yg di luar kekuasaan alam (Roman Katolik).
138 adil adil 1. yg atau dgn berdasarkan pertimbangan (peraturan, ketentuan, dll) yg wajar atau berpatutan (bkn orang, tindakan, hukuman, keputusan, undang-undang, dll), tidak memihak ke mana-mana, (apabila memutuskan sesuatu dsb) tidak sewenang-wenang: raja yg ~; tindakan yg ~; hakim itu ~ keputusannya; pertimbangan yg ~; 2. tidak melebihi atau kurang drpd yg sewajarnya, sepatutnya: tuntutan yg ~; mengadili menimbangkan dgn saksama serta memutuskan (dlm mahkamah dsb), memeriksa dan menghukum orang dgn adil: ~ dan menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang; keadilan sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil; menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg adil bagi kehidupan dlm masyarakat; ketidakadilan perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dsb) tidak adil; peradilan segala yg berkaitan dgn perkara pengadilan: selalunya ahli sains membuat ~ moral kpd rakan-rakan mereka; pengadilan 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili : aku akan dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan; 2. perihal (perbuatan dsb) mengadili, perbicaraan serta keputusan oleh pengadil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukuman mati dlm ~ di mahkamah Nuremberg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam; pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu perkara, hakim: jikalau orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju, dll), referi.
139 adinda adinda adik (bh di kalangan keluarga raja, dlm surat-menyurat, dll); dinda.
140 ading ading sl adik.
141 adiningrat adiningrat Jw gelaran bangsawan yg tertinggi.
142 ad ad interim (Latin) utk sementara waktu: kabinet ~; tindakan ~.
143 adipati adipati Jw 1. sl raja, kepala daerah; 2. gelaran bupati (sebelum perang); dipati.
144 adipos adipos (Ubat) mengandungi lemak atau menyerupai lemak; tisu ~ tisu yg dipenuhi lemak.
145 adiposuria adiposuria (Ubat) kewujudan lemak di dlm air kencing.
146 adipsia adipsia (Ubat) keadaan abnormal yg menyebabkan seseorang mengelak drpd minum (tidak terasa dahaga).
147 adiraja adiraja sl 1. (suatu) gelaran: Maharaja A~; 2. Id † hak ~ hak melakukan kekuasaan yg tertinggi; diraja.
148 adiratna adiratna sl permata yg mulia (ki bagi perempuan yg cantik).
149 adisejuk adisejuk (Kim) bkn cecair yg menyejuk atau dijadikan sejuk sehingga ke bawah takat sejuk beku tanpa cecair itu membeku.
150 adiwangsa adiwangsa bangsa utama (mulia); diwangsa.
151 adiwarna adiwarna sl amat bagus, amat indah.
152 adjektif adjektif (adjéktif) kata sifat.
153 administrasi administrasi IB pentadbiran, tatausaha, pengurusan: ~ negara; ~ perniagaan.
154 administratif administratif IB yg berkaitan dgn pentadbiran; hukuman ~ hukuman yg dikenakan oleh jabatan (tidak dipecat tetapi diturunkan pangkat atau dikenakan sesuatu hukuman lain).
155 administrator administrator IB pentadbir, penatausaha.
156 admiral admiral kepala angkatan laut, laksamana.
157 adoi adoi sr aduh; mengadoi, mengadoi-adoi mengeluh(-ngeluh), mengaduh(-aduh): sekonyong-konyong ia ~ dan mengerang.
158 adopsi adopsi IB pengambilan anak orang lain menjadi anak sendiri, pengambilan sbg anak angkat.
159 adpertensi adpertensi (adperténsi) IB iklan (dlm surat khabar dll).
160 adpis adpis IB nasihat: lagaknya lagak orang pintar, ~nya tepat -tepat; advis.
161 adpisir adpisir IB penasihat.
162 adpokat adpokat ? ?avokado.
163 ad ad rem (ad rém) (Latin) berkaitan atau bertepatan dgn sesuatu perkara dsb (bkn jawapan dll), tepat benar.
164 adrenal adrenal (adrénal) (Bio) bkn sesuatu yg berdekatan dgn atau berkaitan dgn ginjal.
165 adrenalina adrenalina (adrénalina) (Bio) hormon yg dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adrenal yg menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna utk tindakan ‘lawan’ atau ‘lari’.
166 adrenosklerosis adrenosklerosis (adrénosklérosis) (Ubat) pengerasan struktur kelenjar.
167 adres adres (adrés) bp alamat (tempat tinggal); mengadreskan mengalamatkan (surat dll kpd).
168 ADRI ADRI Id kep Angkatan Darat Republik Indonesia.
169 adu adu I; beradu 1. berlanggar, berlaga, berhantuk(an), terhantuk: motokar itu ~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding; 2. bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding, berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~ cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh kejayaan; mengadu 1. mempertemukan (dua benda), meletakkan dsb berdekatan, mendekatkan (utk membandingkan dsb); 2. menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll), melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~ ayam; 4. mempertandingkan, memperlawankan: ~ layang-layang; ~ tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. memberitahu seseorang mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk yg dialaminya itu; 6. meminta keadilan: ~ kpd hakim; ~ lidah berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib;  mengadukan 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen, dll), memberitahukan sesuatu (yg tidak baik atau tidak menyenangkan) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, sesuatu tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~ kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak tertentu utk menyusahkannya (merugikannya, menganiayainya, dsb): diadukannya ayahnya kpd Jepun; memperadu-adukan memperadudombakan; aduan 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis; peraduan pertandingan: ia telah berjaya menjadi johan syarahan dlm ~ yg dianjurkan oleh Syarikat ESSO; pengaduan 1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam), pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian, orang, dll); pengadu 1. orang yg suka mengadu utk mendapatkan pertolongan (simpati dsb); 2. orang yg mengemukakan aduan.
170 adu adu II; beradu tidur (bkn raja); peraduan tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja).
171 adu adu domba; mengadu domba, mengadudombakan, memperadudombakan memperlagakan seseorang (sesuatu golongan dll) dgn yg lain: parti-parti yg tidak bertanggungjawab hendak ~ orang Melayu dgn orang Cina; mereka hendak menjajah negeri kita dgn jalan memperadudombakan kita sama kita;  pengadu domba orang atau pihak yg mengadu domba(kan), orang atau kumpulan lain: ada ancaman komunis, ada bahaya dadah, antinasional, pembuat fitnah dan ~ rakyat.
172 aduh aduh sr kata yg menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan): ~, sakitnya perut saya! mengaduh, mengaduh-aduh mengatakan aduh, mengeluh (kerana kesakitan dll): suara ~ itu suara orang kena tikam; teraduh mengaduh dgn tiba-tiba; adoi.
173 aduhai aduhai sr kata utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda.
174 aduk aduk; mengaduk 1. mengacau, mengarau: tidak perlu ~ atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa; ~ gulai; 2. = mengaduk-aduk membongkar-bongkar dgn tidak tentu: ~ buku; teraduk-aduk kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan (bkn seperai dll); adukan barang yg (telah) diaduk, campuran (simen dll); aduk-adukan campur aduk.
175 adun adun I; mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dll); mengadunkan mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm teknik sastera yg menarik; adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih; pengadunan proses atau perbuatan mengadun atau mengadunkan sesuatu: ~ warna yg menarik dlm corak yg mempesonakan; pengadun alat utk mengadun: ~ warna.
176 adun adun II sl elok (kerana berhias); ~-temadun Mn indah-indah, berjenis-jenis warnanya; beradun berdandan, berhias, bersolek: setelah mandi, puteri pun ~; baginda makan sirih yg beradun-adun; mengadunkan mendandankan, menghiasi, mempersolekkan: ~ pengantin; adunan hiasan, alat berdandan: sangatlah berkenan kpd hatinya ~ kekasihnya.
177 ADUN ADUN akronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.
178 adverba adverba (Lin) kata yg menerangkan kata kerja, kata sifat, atau kata adverba lain.
179 advertensi advertensi (adverténsi) IB iklan.
180 advis advis IB nasihat; adpis.
181 advokat advokat I IB peguam, peguam bela.
182 advokat advokat II ? avokado.
183 aedes aedes (aédés) (Bio) sj nyamuk, mis Aedes aegypti, yg membiak di dlm air bertakung yg menjadi pembawa penyakit demam denggi.
184 aerial aerial (aérial) alat yg menjadi sebahagian drpd sistem televisyen dan radio utk menerima atau memancarkan gelombang elektromagnet.
185 aerob aerob (aérob) (Bio) organisma yg dapat hidup hanya dgn adanya oksigen dr udara.
186 aerobatik aerobatik (aérobatik) persembahan kecekapan, ketangkasan, dan kemahiran mengendalikan penerbangan pesawat udara.
187 aerobik aerobik (aérobik) sj latihan jasmani atau senaman terutamanya utk mengukuhkan jantung dan paru-paru dan membaiki pernafasan (biasanya dilakukan dgn gerak-geri spt tarian); tarian ~ sj tarian yg bercorak (bersifat) senaman; beraerobik melakukan aerobik: beberapa cara utk menguruskan badan spt ~.
188 aerodinamik aerodinamik (aérodinamik) 1. ilmu sains yg mengkaji cara sesuatu benda bergerak melalui udara (spt kereta, kapal terbang, dsb); 2. bkn sesuatu benda (spt kapal terbang, kereta, dsb) yg mempunyai bentuk yg dapat melalui udara dgn mudah dan laju: bentuk kereta yg ~ membangkitkan keanggunannya.
189 aerogram aerogram (aérogram) surat yg dikirim khas melalui pos udara, surat udara.
190 aerometer aerometer (aérométer) (Fiz) alat utk mengukur berat atau ketumpatan udara atau gas.
191 aeronautik aeronautik (aéronautik) kajian tentang aspek-aspek penerbangan.
192 aerosol aerosol (aérosol) ampaian cecair atau butiran pepejal yg terdapat di udara.
193 aerotaksis aerotaksis (aérotaksis) pergerakan mikroorganisma ke kawasan yg beroksigen (aerotaksis positif) atau menjauhi kawasan tersebut (aerotaksis negatif).
194 aerotropisme aerotropisme (aérotropisme) gerak balas tumbuhan yg mengarah ke kawasan yg beroksigen.
195 afal afal Ar kelakuan, perbuatan, sifat: orang itu baik ~nya.
196 afasia afasia (Ubat) ketakupayaan berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan, tulisan, dan isyarat, atau ketakupayaan utk memahami pertuturan dan bahasa bertulis yg disebabkan kecederaan pd otak.
197 afdal afdal lebih utama, terutama: mengerjakan perkara-perkara yg ~; keafdalan perihal terbaik atau terutama, paling bagusnya: puluhan ayat al-Quran menyatakan kelebihan berfikir dan dlm hadis juga dinyatakan ~ berfikir.
198 afdeling afdeling (afdéling) IB bahagian.
199 afektif afektif (aféktif) berkaitan dgn perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran atau daya berfikir): utk memperkembang minat dan motivasi membaca, alam ~ kanak-kanak haruslah berkembang serentak dgn alam-alam kognitif mereka.
200 afiat afiat Ar 1. pulih, sihat; sihat dan ~ = sihat wal ~ sihat (tidak uzur); 2. kesihatan; mengafiatkan sl memulihkan, menyihatkan; keafiatan keadaan sihat, kesihatan: dlm ~ dan keselamatan yg sempurna.

ABIDAH_ACUNG

31 abilah abilah (Parsi) cacar air, jeluntung; ~ Peringgi penyakit sifilis, penyakit raja singa.
32 ABIM ABIM akronim bagi Angkatan Belia Islam Malaysia.
33 abintara abintara sl pesuruh raja; ? bentara.
34 abiogenesis abiogenesis (abiogénesis) (Bio) penjanaan (secara hipotesis) benda hidup drpd benda bukan hidup.
35 abjad abjad 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga ya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka untuk menyatakan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyusunan perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad.
36 abnormal abnormal 1. tidak spt yg biasanya terdapat (berlaku dsb), luar biasa: keadaan yg ~; 2. Id agak gila;  keabnormalan keadaan yg menyimpang drpd kebiasaan, keadaan tidak normal, keadaan luar biasa.
37 abnus abnus Ar sl kayu arang.
38 aboi aboi C panggilan kpd kepala atau pembesar orang Cina.
39 abon abon Jw sayatan daging yg dibubuh rempah dan digoreng.
40 abonemen abonemen (abonemén) IB 1. langganan; 2. wang langganan; 3. = berabonemen berlanggan.
41 abrak abrak sl batu cermin, mika.
42 abrar abrar Ar kuat beribadat, soleh.
43 abras abras Ar 1. menghidapi penyakit kusta; 2. penyakit kusta.
44 abrit abrit; abrit-abritan Jk berlari tunggang-langgang.
45 absah absah Id sah (bkn surat keterangan dll); mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dll); keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan kemahuan rakyat dan pengikut umumnya; pengabsahan pengesahan.
46 absen absen bp tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll); mengabsen Id memanggil nama-nama orang untuk mengetahui atau menentukan siapa yg tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll): guru ~ murid-murid pd waktu masuk sekolah.
47 abses abses (absés) bengkak yg bernanah.
48 absolusi absolusi Id pengampunan dosa (dlm agama Roman Katolik).
49 abstrak abstrak tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala: kesetiaan adalah sesuatu yg ~; mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak; keabstrakan perihal atau sifat abstrak: kematangan seseorang pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya.
50 abstraksi abstraksi proses membentuk gagasan atau konsep umum dgn memilih ciri-ciri umum drpd contoh-contoh yg khusus: dlm kebanyakan kes, pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yg dikaji.
51 absurd absurd mustahil, tidak masuk akal, bertentangan dgn fikiran yg waras: sesungguhnya adalah ~ untuk berbuat demikian kerana subjeknya hanya diketahui oleh segelintir manusia.
52 abtar abtar Ar kudung.
53 abu abu I 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok; 2. debu, serbuk; ~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~ logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain; spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;
54 abu-abu abu-abu Id warna kelabu; mengabu menjadi abu, menyerupai abu; mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai; keabu-abuan berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan.
55 abu abu II kalah (dlm permainan congkak dll).
56 abu abu III suatu pangkat di Siam.
57 abu abu IV; abu-abu; ikan ~ Id sj ikan laut.
58 abuh abuh I riuh, sibuk.
59 abuh abuh II Jw bengkak; sakit ~ (abuh-abuhan) sakit dgn bengkak-bengkak pd kaki (tubuh dsb).
60 abuk abuk I; abuk-abuk = ~ sagu sj penganan yg dibuat drpd biji-biji sagu (gula melaka dll).
61 abuk abuk II; mengabuk Jw mengambil barang kepunyaan orang dan mengaku atau mengatakan bahawa barang tersebut miliknya.
62 abun abun; abun-abun angan-angan; gila di ~ prb mengangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin tercapai (terhasil).
63 abung abung; limau ~ limau bali, limau besar.
64 abur abur; mengabur membuang-buang (wang dll), menghamburkan, membazirkan, memboroskan; pengabur orang yg membuang-buang atau membazirkan (wang), pemboros.
65 abus abus 1. bahagian atau pecahan yg terkecil; 2. duit syiling zaman dahulu yg terendah nilainya; 3. sedikit sekali, tidak berharga, tidak mempunyai nilai.
66 abuya abuya Ar 1. ayah; 2. panggilan hormat kpd orang yg ajarannya (biasanya ajaran agama Islam) atau pendapatnya diikuti.
67 acah acah; beracah-acah bermain-main, bersenda-senda: ~ dgn maut; mengacah melakukan gerak untuk mengelirukan atau menyesatkan lawan; mengacah-acah mengacah berulang kali: lembaga itu semakin hampir, ~ hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak; acahan perbuatan mengacah.
68 acak acak I Mn; acak-acak terburu-buru, tergesa-gesa.
69 acak acak II Jk; mengacak melakukan sesuatu tidak dgn peraturan, mengacaukan; acak-acakan kacau-bilau, tidak teratur.
70 acan acan I; mengacan melakukan gerak pukulan atau serangan untuk mengelirukan atau menyesatkan lawan.
71 acan acan II; mengacan mengharapkan, mencita-citakan.
72 acan acan III Kd mengusik seseorang (dgn tujuan untuk bergurau)
73 acang acang I Mn; acang-acang pesuruh, orang kepercayaan; ~ alat orang yg mengatur peralatan; ~ (dlm) negeri orang yg dipercayai orang (penduduk) sekampung atau senegeri.
74 acang acang II Id perkakas untuk mengukur keadaan air dlm dandang.
75 acap acap I = acap-acap kerap kali, sering kali.
76 acap acap II 1. penuh dgn air, terendam dlm air (kayu dll), tergenang oleh air (padang, sawah, dll); 2. terbenam dalam-dalam (kaki dlm lumpur, mata keris pd tubuh seseorang, dll); mengacapi menggenangi, merendam (dgn air).
77 acap acap kali beberapa kali, berulang-ulang, kerap kali, sering kali: dia masih melakukannya walaupun sudah ~ ditegur.
78 acar acar I sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan atau sayur-sayuran dgn bahan-bahan lain dan diasamkan dgn cuka (dimakan dgn nasi); jenis-jenis acar: ~ limau (nipis), ~ lobak parut, ~ mentimun, ~ telur; mengacar membuat acar.
79 acar acar II = acaran Kd tempat membuang kotoran dapur, limbah; kain dlm ~ dikutip cuci ia hendak ke longkang lagi prb sudah rosak betul, tidak dapat dibaiki lagi (bkn akhlak perempuan jahat dll).
80 acara acara I 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa khas akan menyusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3. kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~ kemuncak kegiatan atau persembahan terpenting (biasanya juga yg teristimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini akan diadakan di mahkamah tinggi ; beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau programnya); 2. Id memeriksa (membicarakan) perkara di mahkamah; mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum; mengacarai Id memulai percakapan, memberi bahan bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa”, aku ~ percakapan; mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacarakan pd malam penghabisan; 2. Id mengadukan (perkara); pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara.
81 acara acara II Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu (duduk dll).
82 acaram acaram sl cincin bertunang, cincin tanda.
83 acau acau; mengacau mengigau; ? aco.
84 aci aci I diterima, jadi, sah, (dlm permainan, pertaruhan, dll); tidak ~ tidak jadi, tidak sah; lebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat lebih kurang sedikit janganlah diambil berat; mengacikan mengakui sbg aci atau sah, mengesahkan.
85 aci aci II gandar roda; aci-aci kayu panjang utk menggulung layar.
86 aci aci III (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg lebih tua)
87 aci aci IV Pn; ~ lut main sembunyi (sj permainan budak-budak), cekup puyuh.
88 aci aci V Id; aci-aci andai, misal, umpama; ~nya seandainya, seumpamanya, kalau-kalau; mengaci-acikan memisalkan, mengumpamakan, mengandaikan; aci-acian sesuatu yg terbayang dlm fikiran, gambaran angan-angan: sudah kami mempunyai ~ bagaimana mendirikan masjid itu.
89 aci aci VI tepung (sagu, ubi kayu, dll).
90 acik acik nama timang-timangan bagi anak yg kedua bongsu.
91 acita acita (Hindustan) beras.
92 aco aco; mengaco Jw 1. mengigau; 2. berkata tidak keruan (yg bukan-bukan).
93 acu acu I; mengacu 1. membuat gerak laku utk mengancam atau menakut-nakutkan (spt mengangkat atau menghalakan senjata hendak menikam dsb); 2. = mengacu-acu memikir-mikirkan (sesuatu yg hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak (hendak berbuat sesuatu); 3. menunjuk atau menarik perhatian (kpd), merujuk: dlm syarahannya ia selalu ~ kpd bukunya; mengacukan 1. menghalakan (senjata) ke arah seseorang utk mengancam atau menakut-nakutkannya, mengacungkan, menunjukkan sbg mengancam (genggaman tangan dll): keris terhunus diacukan ke perut Panglima Awang; 2. = mengacu-acukan menganjurkan, merancang-rancangkan: sudah lama ia mengacu-acukan langkah ini.
94 acu acu II; mengacu membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan, mencetak (peluru, roda kereta api, dll); acuan 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorakkan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat.
95 acu acu III; mengacu = mengacukan memakai sesuatu (spt baju, kasut, dsb) seketika utk mengetahui sama ada muat atau tidak (sedap dipakai atau tidak dsb).
96 acu acu IV sj tumbuhan (pokok), mendarah (rengas, penarahan) daun besar, Knema hookeriana.
97 acuh acuh peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan perhatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan perjuangan kebangsaan; mengacuhkan mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua;
98 acuhan acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian; ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu.
99 acum acum; mengacum 1. menghasut supaya bermusuhan dsb: dicarinya akal utk ~ adik-beradik itu supaya bermusuhan; 2. mengajak berkelahi, menentang: ~ lawan; 3. Kd mengadu pd seseorang; acuman 1. hasutan; 2. tentangan; pengacum 1. penghasut; 2. penentang, orang yg menentang.
100 acung acung I Id; mengacung menunjuk ke atas, diangkatkan ke atas: tangannya ~; mengacungkan menghalakan (sesuatu ke arah seseorang), menunjukkan (tangan dll): ~ senjata; ~ tangan; pengacungan perbuatan mengacungkan: ~ senjata.
101 acung acung II Mn; mengacung menyepak, menendang. 

A_ABIDIN

1 a a I huruf pertama abjad Rumi.
2 a a II 1. sr untuk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan: itu dia, ~, macam itulah caranya!; 2. sr untuk menunjukkan terlupa akan sesuatu: nama bukunya ... ~, nanti saya cuba ingatkan!
3 A.A. A.A. kep Asia-Afrika.
4 A.B. A.B. kep anggaran belanja.
5 aba aba I = aba-aba Id kata( -kata) perintah dlm latihan tentera (senaman) dll: “Satu ...,” ~ Wit dr kerusinya.
6 aba aba II; ~-daba hama, kuman.
7 abad abad jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yang lampau beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun 1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemilangan (gemilang); ~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama -lamanya; berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya.
8 abadi abadi 1. sentiasa ada atau wujud (tidak bermula atau berakhir), wujud selama-lamanya, kekal: Tuhanlah satu-satunya yg ~; 2. wujud atau berterusan untuk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~; mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih sayangnya terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadikan peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan melalui percetakan; sebuah tugu untuk ~ jasa askar-askar yg terkorban; terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus cerita-cerita rakyat; keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang ibu; ~ perdamaian dan keamanan; pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan.
9 abadiah abadiah, abadiat Ar kekekalan.
10 abah abah I arah, tuju: tak tentu ~nya; mengabah menuju; mengabahkan mengarahkan, menujukan: ~ kapal ke tempat yg tertentu.
11 abah abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh seorang anak kpd bapanya).
12 abah abah III; abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali; ~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun.
13 abai abai cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr; mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disediakan, dll), membiarkan atau melepaskan, mensia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kauabaikan; terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disia-siakan; keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok; keabaian perihal abai; pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll); pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb).
14 abaimana abaimana (Sanskrit) sl dubur, kemaluan.
15 abaka abaka sj tumbuhan (pokok) yg seratnya dibuat tali belati, Musa textilis.
16 abang abang I 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki, adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit; 4. panggilan kpd suami; ~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~ kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain); berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2. memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang terhadap seseorang; berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg pengasih dan bertimbang rasa.
17 abang abang II Jw merah.
18 abar abar; abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan masyarakat; berabarkan mempunyai (sesuatu) sbg dinding atau penyekat, berdindingkan: rumah yg ~ buluh; mengabar 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuran-pertempuran ~ jalannya mesyuarat.
19 abau abau sj kura-kura, labi -labi; main ~ main tampuk labu.
20 ABC ABC 1. abjad Rumi: budak itu sudah pandai membaca ~; 2. kep air batu campur.
21 Abd. Abd. kep Abdul.
22 abdas abdas (Parsi); berabdas mandi hadas.
23 abdi abdi orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri), hamba, hamba tebusan: ~ negara Id pegawai kerajaan; mengabdi 1. menjadi abdi (hamba): orang kulit hitam dr Afrika pernah dipaksa ~ di Amerika Syarikat; 2. berlaku spt abdi, menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kpd atau untuk kepentingan seseorang atau sesuatu): rela ~ kpd negara; mengabdikan 1. menghambakan, memperhamba: ~ tawanan perang; ~ diri kpd negara; 2. menggunakan sepenuhnya: tenaganya diabdikannya kpd negara; pengabdian perihal (perbuatan dsb) mengabdi atau mengabdikan: Tetapi Allah tidak membebani manusia dgn kemestian-kemestian yg banyak untuk melakukan ~; ~ seseorang kpd negara sbg tanda cintanya terhadap negara; pd zaman dahulu kala, ~ rakyat oleh raja sering berlaku.
24 abdikasi abdikasi turun dr takhta kerajaan dgn kehendak (kerelaan) seseorang raja itu sendiri.
25 abdomen abdomen (Bio) rongga di bahagian tengah badan vertebrat ( yg berisi organ-organ spt perut, usus, buah pinggang, dan hati).
26 abese abese (abésé) Id abjad tulisan Rumi.
27 abet abet Jk tingkah laku; mengabet bertingkah laku; bisa ~ tahu bertingkah laku.
28 abiad abiad, abiaz Ar sl putih; fizah yg ~ perak yg putih.
29 abid abid Ar orang yg beribadat (mengabdi) kpd Tuhan.
30 abidin abidin Ar orang-orang yg taat (beribadat atau mengabdi) kpd Tuhan.

Kamus

ENGLISH

A 

B 
















S1(S-SC) 
S2(SD-SJ)
S3(SK-SZ)
T 






#


BAHASA MALAYSIA


A B C D E F G H I J K L 

M N O P Q R S T U V W X Y Z #

Tuesday, June 20, 2017

ebb

EBB

• /eb; ɛb/ 

v [I, Ip] 
ebb (away) 
1 (of the tide) go out; recede 
(指潮水)退落; 退潮; 落潮. Cf 参看 flow 5. 

2 (fig 比喻) 
grow less; become slowly weak or faint 
减少; 衰落; 衰退: 

Daylight was ebbing away. 
白昼在逐渐消失. 

* Our enthusiasm soon began to ebb. 
我们的热情不久就凉下来了.


• n [sing] 
1 (usu 通常作 the ebb) (of a tide) 

the flowing out (指潮水)退落; 退潮; 落潮: 

The tide is on the ebb, ie is going out. 
正在退潮. Cf 参看 flood2 3. 

2 (idm 习语) at a low ebb => low1. 

the ebb and flow (of sth) (of noise, fashions, etc) regular increase and decrease in intensity; constant fluctuation 

(指声音、流行式样等)消长, 兴衰; 不断长落, 起伏: 
the ebb and flow of conversation 
谈话声此起彼伏. 

on the `ebb diminishing; declining 

正在减弱; 正在衰退; 正在衰落: My luck is on the ebb. 我的运气每况愈下.

EBB

• [tui4 chao2] 退潮 退潮