argentum (argéntum) (Kim) sj unsur logam, perak.
cantum; bercantum 1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga; mencantum 1. menemukan (merapatkan, melekatkan) supaya bercantum; 2. menyemat (dgn jarum dll); 3. memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain (utk mendapat pokok yg lebih baik); mencantumkan 1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, memadukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran; tercantum 1. sudah dicantumkan; 2. termasuk atau termuat (dlm majalah, acara, dll); 3. tersemat atau terkandung dlm hati (cita-cita dll); cantuman bp 1. = percantuman perihal bercantum, pertemuan, pertautan, pergabungan, perpaduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; 2. = percantuman perihal mencantumkan bahagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); 3. barang apa yg dicantumkan atau utk dicantumkan: biasanya barang-barang ini digunakan hanya sbg ~ yg tidak kekal; 4. perihal memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain.
cetum Kl sapu tangan (kain dll) yg dipakai utk membungkus dan membawa sesuatu; mencetum membungkus dgn memegang keempat-empat bucu sapu tangan atau kain utk membawa sesuatu.
dentum bunyi spt bunyi meriam atau bom dll (lebih besar drpd dentam); berdentum berbunyi spt bunyi meriam dll: bunyi meriam ~-dentum diselangi oleh bunyi senapang yg menggerutup; dentuman bunyi dentum (spt bunyi meriam): kami diberi kesempatan utk berehat, tetapi telinga kami dipekakkan oleh ~ meriam; berdentuman saling berdentum: guruh ~, sesekali kilat sabung-menyabung.
diktum 1. kenyataan rasmi yg dikemukakan oleh seseorang yg ada autoriti; 2. pepatah yg menghuraikan sesuatu aspek hidup secara yg menarik: ahli teologi Muslim menggunakan ~ ini utk mematahkan kecaman pihak musuh.
kelutum sj tumbuhan (pokok), Artocarpus altissima.
keruntum 1. sj tumbuhan (pokok), pasir lingga, Tristania maingayi; 2. sj tumbuhan (pokok), pelawan, seluncur, Tristania subauriculata.
ketum sj tumbuhan (pokok), bia, biak, Mitragyna speciosa.
kostum 1. pakaian yg dipakai pd ketika tertentu (spt menghadiri upacara, jamuan, dll); 2. pakaian yg dipakai oleh pelakon-pelakon sandiwara, filem, dll; 3. pakaian perempuan potongan Barat.
kuantum 1. banyaknya, bilangannya; 2. bahagian (banyak) yg tertentu; 3. (Fiz) kuantiti tenaga tertentu yg boleh diserap atau dibebaskan oleh sesuatu sistem; teori ~ teori yg menyatakan bahawa tenaga itu diserapkan atau dipancarkan tidak terus-menerus tetapi terputus-putus dlm unit yg tertentu yg disebut kuantum.
kuntum I 1. bunga yg hampir akan mekar (berkembang), kuncup (bunga); 2. ki gadis dlm belasan tahun; 3. penjodoh bilangan bagi bunga: beberapa ~ bunga; berkuntum tumbuh (keluar) dlm bentuk kuntum: bunga ~ di dahan; menguntum 1. sbg kuntum, mulai berkembang (menjelma), menjadi kuntum; 2. † berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; menguntumkan ki memberikan (melemparkan) sesuatu (senyuman): dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis; dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis; terkuntum mulai berkembang (bunga);
kuntum II kudung: jari ~.
lentum bunyi spt bunyi meriam dll, dentum; ~-lentam bunyi spt bunyi meriam yg berulang-ulang.
momentum (moméntum) 1. daya yg mendorong pergerakan sesuatu: maka hasilnya tidak seberapa, lalu timbullah kekecewaan dan hilanglah ~nya; namun Jepun moden itu sendiri ternyata sedang menghadapi semangat yg kian kendur di kalangan generasi mudanya utk meneruskan ~ pemodenannya; 2. hasil darab jisim dgn halaju sesuatu jasad.
setum IB wap (air); naik ~ bp naik darah, marah; menyetum memasak dgn wap, mengukus.
teruntum sj tumbuhan (pokok renek), kuku lang laut, terutum, Aegiceras corniculatum; ~ bunga putih sj tumbuhan (pokok), Lumnitzera racemosa; ~ merah sj tumbuhan (pokok yg tumbuh di tepi-tepi laut), beluntas, Lumnitzera coccinea.
tum I bunyi spt bunyi letupan meriam dll, dentum.
tum II Jw; ditum dimasak atau direbus dgn dibungkus dlm daun (bkn daging atau ikan).
tum III _bererti tali ~ bp tali kekang kuda.
ultimatum amaran yg terakhir yg mesti dipatuhi dlm tempoh tertentu, kata dua.
votum IB 1. suara (dlm pengundian); 2. hari mengundi, hari pengundian; ~ kepercayaan Id penyataan percaya kpd kebijaksanaan atau kemampuan dsb (pemerintah, kerajaan).
No comments:
Post a Comment